Kisah di parking motor sekolah

04 March 2011


Hari ni hujan. Hujan lebat tau! Padang sekolah pun dah macam lautan dah. Ok, tipu. Padang sekolah macam pesisir pantai jee. hahaha. Sejuk gila! 

Yang sebenarnya, aku nak cerita pasal balik sekolah. Masa balik sekolah hari ni, budak lelaki *tak pasti la form berapa. Dia cakap dengan aku. *Dia selalu parking motor sebelah motor aku. Dia juga selalu minta aku tukar motor dengan dia. Haishh, tak nak la aku. Macam biasa aku terpaksa tunggu tuan punya kenderaan yang menyekat laluan keluar aku pergi. Tiba-tiba budak lelaki tu cakap:

'Tengok kakak ni punya helmet. Banyak air, boleh bela ikan dah.'
'Air? Alamakk!!'

Dia mula la nak mengajar aku.

'Lain kali, letak helmet macam ni. Baru tak kena hujan.'
*Helmet diaorang diterbalikkan.


Tiba-tiba kawan dia cakap.

‘Hoi, tak payah nak cakap pasal orang lain. Kau punya pun sama juga’
*Tunjuk kearah helmet.

‘Alamakk. Aku punya lagi banyak!’

Sebenarnya hanya satu sahaja helmet yang dia terbalikkan. Yang lain ternganga, visor semua terbuka. Hahaha! Kerja aku gelak je la kat situ. Kami sama-sama bela ‘ikan’.

Sementara menunggu tuan punya motor yang menyekat laluan keluar aku tu sampai. Aku pun keluarkan la helmet tu dari setnya. Tau apa? Cara aku buang air dari helmet tu dah macam tengah buang air dari baldi. Memang banyak. Tu belum lagi perah spannya. Sekarang giliran budak lelaki tu yang gelakkan aku sebab buang air dari helmet.

Ok, kita seri ye budak! Haishh. Tak apa la. Air yang bertakung dalam helmet aku tu kan air hujan. Hujan tu rahmat. He he



No comments:

Post a Comment