Panjang, patutlah.

16 June 2011


Ohoho, Hae pandang apa tu?


Selepas waktu biologi tadi sepatutnya waktu fizik. Tapi cikgu tak masuk kelas sebab cikgu ada hal. Jadi kat kelas aku buat pembetulan biologi kertas 2. Herghh, paper biologi aku tak pernah memuaskan hati aku. Ala, aku bukannya nak jadi doktor pun kan? Orang yang takut darah mana boleh jadi doktor. hahaha.


Amutha datang kat tempat aku. Macam biasala, nak membandingkan markah aku dengan dia. Cuma beza 3 markah je. Tiba-tiba pula, Andrew duduk kat sebelah Amutha, *Amutha duduk depan aku. Andrew tu tak ambil biologi, so dia tak masuk kelas tadi. Tiba-tiba keluarla perbualan yang pelik ni.

Andrew:  Amutha, cuba stand.
Amutha: Kenapa? U nak duduk tempat i ke? Tak nak lah!
Andrew: Aik?! Saya sudah duduk kerusi ni, takkan nak duduk tempat kau pulak? Peliknya fikiran.
Amutha: Pelik fikiran? What the... Just now u suruh i stand, then bila i fikir macam tu u kata pelik fikiran? Hey, u punya fikiran la pelik.
Andrew: Bangun je sekejap.

Amutha pun bangun dari tempat dia. Andrew pandang dari atas sampai bawah tiba-tiba dia kata 'panjang. patutlah.' Aku, Amutha ngan Ani pelik la kenapa dia cakap macam tu. Amutha cuma kerut dahi pastu duduk balik.

Aku: Apa yang panjang Andrew?
Andrew: Aku pelik la, biasanya bila aku duduk dekat perempuan pakai skirt ni dyorang terus rapatkan kaki. Tapi Amutha tak. Rupanya skirt dia panjang.
Amutha: Hey pelik fikiran! U suruh i bangun untuk tu je?
Andrew: Amutha ni best student la. Pakai skirt panjang. Hahaha
Aku: Lorh! Aku ingat entah ape la tadi. Ahahahaha

Aku pun tak tahu la macam mana Amutha duduk tadi. Terkangkang ke? Takkan lah. Heh, entahlah. HAHAHA.

Moral of the story, perempuan tu kena la duduk elok-elok sikit ye? >.<








ELFishy: Alamak! aku selame ni pun duduk tah ape-ape. Kena baiki. Kena baiki.  >.< 

No comments:

Post a Comment