JayPark yang menyelerakan

14 August 2011


Donghae nak pass makanan kat aku pakai mulut lah! >///<


Kelmarin ayah aku ada bawa snek balik rumah. Ala, makanan tu manis-manis, yang ada kacang tu, yang keras-keras tu. Aku tak tahu la nama benda tu apa. Aku tanya ibu aku apa nama makanan tu, ibu kata ‘jipang’.  Ok, namanya pelik, tak sebut gula ataupun kacang. Jadi aku lupa.

Jipang. Tapi yang aku makan tu tak berbalut dengan plastik camni.

Semalam, aku nak makan snek tu. Jadi aku pun selongkar semua almari dapur. Dalam hati asyik cakap ‘Mana JinYoung ni?’.

Bila aku dah jumpa, aku terus jerit kat adik aku
Aku: Nurd! Kau nak makan JinYoung tak?
Nurd: Huh? JinYoung? Mana? Nak!!

Ok, adik aku tu peminat Jinyoung leader B1A4 tu, memang la dia laju je jawab. Ayah aku terdengar perbualan kita orang, dia pun menyampuk la.
Ayah: Nama benda tu ‘Jipang’ la.
Aku: Uh? JayPark pulak? *Aku salah dengar*
Ayah: Jipang. J I P A N G.
Aku: Ohh!! Tak pe la ayah. Akak nak panggil dia JayPark la. Baru Nampak menyelerakan sikit nak makan.
Nurd: Aku nak panggil dia JinYoung la. Aku tak nak makan ‘Pink old lady’ tu. *2PM Wild Bunny*
Aku: Sesuai la nama benda ni JayPark. Bukan badan dia berketak-ketak ke? *Samakan permukaan makanan dengan abs JayPark*

Sama tak? hahaha


Lepas puas makan ‘JayPark’ tu, aku tinggalkan la makanan tu dengan ayah aku. Kita orang duduk dalam bilik, gossip-gossip k-pop. *Tu topic hot kita orang kalau dalam bilik* Tiba-tiba rasa nak kunyah, ‘JayPark’ je, masa berbual-bual. Bila keluar bilik. Adik aku tanya ayah.
Nurd: Ayah, JayPark mana?
Ayah: Dah habis.
Nurd: *Jerit* Akak, ayah dah habiskan JayPark!
Aku: Ala, ayah dah habiskan? Ayah kena beli JayPark esok.

Ayah aku dah habiskan JayPark. Sekarang aku tunggu, bila la ayah aku nak beli ‘JayPark’ lagi. Aww, JayPark sungguh sedap. Manisss.

Ni, scene terakhir malam tu. *Amboi, ‘scene’?*
Nurd: Kakak, kau rindu JayPark tak?
Aku: Rinduuu. :’(

Hahaha, teruk! >.< Korang suka JayPark tak? hahaha



4 comments:

  1. JIPANG ke ? kalau tempat I sume pnggil bnde alah tuh Bepang .

    ReplyDelete
  2. Ehh ! Suka penah makan . Masa kecik-kecik dulu slalu makan duduk kat veranda . Kalau mnde tu , mmg byk kat kg. je lha . HAHA Skang nie jarang jmpe . Kiteorg pgil kacangcoklat. HAHA ubah nme .

    ReplyDelete
  3. @A Little Girl: Tu la dia, jarang jumpa. Haa, sekali makan dah addicted. Sedapnyaa

    ReplyDelete