Fesyen baju kasual wanita ke pejabat

01 January 2016


Assalamualaikum,

Seperti yang kita ketahui, semakin banyak kini syarikat-syarikat antarabangsa yang kini bertapak di Malaysia dan rata-rata syarikat ini membolehkan para pekerja mereka untuk memakai pakaian kasual untuk ke pejabat. Namun, tatacara smart casual attire atau pakaian smart casual sering disalahertikan oleh ramai individu dan menyebabkan mereka tampil ke pejabat dengan fesyen pakaian yang tidak bersesuaian. Apakah definisi sebenar smart casual attire dan jenis baju kasual wanita yang benar-benar sesuai untuk anda gayakan ke pejabat?


1. Pertama sekali adalah padanan t-shirt dan slack pants. Namun ini bukan bermakna anda boleh memakai apa jua jenis t-shirt. Elakkan daripada memakai t-shirt yang terlalu jarang dan big NO untuk t-shirt yang berwarna terlalu terang seperti warna neon dan oren.


2. Dan untuk menyerlahkan lagi gaya anda di pejabat, jangan lupa untuk memakai outerwear seperti cardigan atau jacket seperti berikut. Outerwear seperti hoodie dan sweater mungkin kurang sesuai untuk dipakai ke pejabat.


3. Jika anda ingin kelihatan feminine pula, anda boleh bergaya dengan koleksi maxi dress yang selesa dan berpotongan loose. Elakkan daripada memakai koleksi dress yang terlalu pendek dan ketat.


4. Dan yang terakhir adalah kombinasi blouse dan slack pants. Atau anda juga boleh menggayakan blouse tersebut bersama koleksi jeans anda. Tetapi, harus diingatkan untuk memakai rekaan jeans yang tidak terlalu ketat.

2 comments:

  1. hm qila gemuk so semua pakaian dkt atas tu qila rs qila pakai akn jd hodoh jgk hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa jangan lah cakap macam tu. Akak pun sama tsk tsk tsk

      Delete